chekgujhiera. Powered by Blogger.
RSS

wasiat untuk Cikgu

PERTAMA kali mencuba blogspot ni.. terkial-kial nk try nak cari mana button nak tekan..
terbiasa guna wordpress je.. mudah je rasanyer
setelah puas godek pn ni jer hasil nyer..
klise tajuk wat  "saya rajin" sebagai motivasi sbb saya mmg tak rajin update blog.
harap2 ni bkn kali terakhir ada post kat blog..
aminnnn...
wassalammm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminggu

ada masa 7 hari je lagi
7 hari je lagi
statement yang bukan nak kata x sabar nak praktikal tapi GERUN
da lama nih tak berdiri depan student as CIKGU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 tahun yg dulu.. (nursyirah.wp)


Mungkin dah qada & qadar, hanya itu yg mampu aku luahkan… kekdg diri ini betul2 tak mampu nak hadapi setiap mslh yg dtg… mana nak fikir soal duit nak sara keluarga, nak bg kesenangan pada mereka ni dtg lagi beribu dugaan.. ya Allah, aku hanya insan yg terlalu kerdil.. ada tika aku tak mampu nak hadapi semua dugaan hidup… aku ingat mslh ku akan selesai & akan dpt berita yg mengembirakan hidup ku setelah aku buat solat istiqarah.. lazimnya itulah amalan tiap kali jalin hubungan yg serius.. eyer la, kita kena rujuk pada yg Esa jgak apa2 yg berlaku dlm hidup… emmm, tak sangka lepas 3 mgu solat.. ‘kapel’ yg mengaku syg sepenuh hatinya & janji akan menjagaku selagi hidup ni, rupanya hanya manis mulut seorg lelaki… cepatnya jawapan yg Allah bagi.. dlm masa sebulan setengah langsung mendiamkan diri.. hubungi pun tak dapat.. akhirnya berlaku plak sesuatu benda yg aku tak jangka.. selama sebulan lbh menghilangkan diri tanpa satupun kabar berita & smlm berlaku plak episod lain.. si dia call Tanya kabar.. terkejut jgak.. btl2 dua bln baru nak hubungi aku.. ader gak dia tgl kan pesanan dlm mail ckp dia msh rindu & sentiasa mengingati aku tp ada mslh tak dpt nak elak (KUNUN!) akhirnya aku balas dgn ayat yg sememangnya pedas bagi org yg berfikir.. aku ckp cuma “SAYA BUKAN BARANG JENIS PAKAI BUANG! SLPS SYA NI JGN BUAT PADA PUAN LAIN BENDA YG SMA. SYA HALALKAN SGLA ALASAN TUH & INGT ADA NAMANYA HUKUM KISAS.. YG BAIK DIBLS BAIK N YG JAHAT AKAN DIBLS JAHAT..FIKIR2KANLAH..TQ”.  ntah la mcmna aku dpt kekuatan mcm tuh. Lelaki ni kena di ajar.. jgn igt kaum puan ni lemah.. hari ini dia telepon lagi & ckp nak tolong dptkan keje… emmm… aku tak bersikap kasar, aku angkat jgak lah telepon tp nak mainkan aku, sory la.. aku bkn bodoh.. dia Tanya apa dah citer aku sbb 2 bln dah baru berhubung… aku ckp biasa jer… n tak sangka pass tuh dia ckp perkara yg sebenarnya yg dia dah ada pasangan. Mcmna la aku tak sedar.. patutla selalu ckp bz… bila Tanya, dia akan ckp bz pi main bola sbb ada perlawanan antara jabatan polis… emmm… tak sangka plak, jawapan Allah cepat kali ni aku dpt… dlm sedih aku diperbodoh2kan, sempat jgak aku ucap Alhamdulillah sbb Allah kabulkan doaku dlm masa yg singkat.. dari aku dok tgu tiap hari, tiap masa.. tp apa yg akan aku dpt?? Benda yg menyakitkan… aku doakan moga dia bahagia selalu… tittle kecewa nampaknya aku sandang lagi awl tahun ni… inilah qada n qadarNYA.. benda yg menyakitkan ni, PASTI ada kebaikkan darinya… aku perlu tabahkan hati n teruskan kehidupan rutinku dlm berjuang utk mak ayah ku… aku masih ada yg sayang… mang terbukti doa org2 yg teraniaya adalah makbul.
Seandainya si dia membaca luahan ini… pesanku buat yg kesekian kalinya.. jgn menyakitkan hati org, kelak akan dibalas jgak oleh Allah. Ingt, hidup kita ni ada HUKUM KISAS.. kalo tak kena pada diri sndiri pasti kena pada anak2 @pun keluarga yg lain yg terdekat pada kita… so, jgn sbb kita org lain akan kena… WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK.. hidup kita ni tak lama, isilah dgn benda yg beri kebahagian pada diri n org lain, bukan sesuatu yg menyakitkan org lain.. jgn zalimi org lain…moga Allah beri hidayah buat si dia.. amin..
Rupanya, ada hikmah napa Allah temukan aku pada vemma. Masa yg ada terluang semua aku gunakan utk vemma… dari basic zero aku study step by step… Alhamdulillah, semua ok dan aku dapat suaikan diri dengan cepat.. dah tgjwb, kenalah jugak dipikul… yg penting usha untuk buat yg lebih baik dari hari semalam… segala pujian kembali padaNYA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesaje

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tinta buat WANITA


by Islam Itu Agamaku
                                بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.
 Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”
Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.
Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”
Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia…
sumber: Mujahidah Solehah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ersalina

setia hujung nyawa maraton @tonton.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS